#fphpramadhanreminders
#fphppilihcergasramadhan
BERPUASA, dengan
mencegah diri daripada mengambil makanan melebihi 12 jam, membolehkan organ
penghadaman berehat dan membolehkan lebih perhatian diberikan untuk proses pembersihan
dan penggunaan simpanan lemak bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh
badan.
Dengan kata lain, puasa
membantu menggunakan lemak badan yang telah lama tersimpan, menggalakkan proses
detoksifikasi, mengawal berat badan dan meringankan sesetengah penyakit seperti
diabetes dan kolesterol.
Semasa bulan puasa, kita
tidak terlepas daripada masalah penghadaman.
Masalah-masalah yang
sering dikaitkan dengan masalah penghadaman termasuklah kembung perut,
cirit-birit, perut berangin dan sembelit, yang sering mendatangkan
ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian.
Tidak terkecuali juga
adalah mereka yang mengalami gastrik.
Semasa berpuasa,
perubahan corak pemakanan mungkin menyebabkan masalah kesihatan pada sesetengah
individu, seperti pengambilan makanan yang pelbagai dan dalam jumlah yang
banyak pada satu-satu masa, terutamanya semasa berbuka puasa.
Keracunan makanan pula
kerap berlaku akibat aspek kebersihan yang tidak dititikberat terutamanya
semasa proses penyediaan makanan.
Tambahan pula, masyarakat
kini lebih cenderung untuk membeli makanan dari luar yang belum terjamin
kualiti dan kebersihannya.
Makanan yang terdedah
atau makanan yang telah lama dimasak akan mendedahkan pengguna kepada masalah
keracunan makanan.
Sebagai kesannya,
seseorang itu mungkin akan mengalami cirit-birit, muntah-muntah atau sakit
perut.
Walau bagaimanapun,
cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan enzim laktase, alahan
kepada makanan tertentu, jangkitan akibat daripada makanan yang tercemar dan
pengambilan antibiotik.
Untuk mengelakkan
masalah penghadaman atau keracunan makanan, pengambilan probiotik adalah sangat
digalakkan.
Apakah Itu
Probiotik ?
Probiotik
ialah bakteria yang melapisi saluran pencernaan dan menyokong keupayaan tubuh
badan anda untuk menyerap nutrien dan melawan jangkitan. Sebenarnya terdapat 10
kali lebih banyak lagi probiotik dalam perut anda kemudiannya sel-sel dalam
tubuh badan anda !
Kulit
serta sistem pencernaan anda menjadi tuan rumah kepada lebih 2000 jenis
bakteria. Probiotik memberikan manfaat dalam menyokong fungsi sistem imun dan
sistem pencernaan yang sihat akhirnya menghasilkan kulit yang sihat.
Selain
itu, bakteria baik yang ada di dalam perut anda bertanggungjawab kepada :
- Menghasilkan vitamin B12, butirate dan vitamin K2.
- Menggeluarkan bakteria, yis dan fungus.
- Menghasilkan enzim yang memusnahkan bakteria yang
berbahaya.
Merangsangkan perembesan lgA dan regulasi sel-T.
TAHUKAH
ANDA PERBEZAAN PROBIOTIK , PREBIOTIK ANTIBIOTIK ?
Sistem
mikroflora usus.
Ketidakseimbangan
mikroflora di dalam sistem usus akan menimbulkan pelbagai masalah termasuklah
masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Kandungan flora dalam
gastrousus berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain.
Ia boleh dipengaruhi
oleh diet, penuaan, ubat- ubatan (terutamanya antibiotik), stress, jangkitan,
gaya hidup dan sebagainya.
Keseimbangan mikroflora
dalam sistem usus ini turut menentukan tahap kesihatan seseorang itu.
Contohnya, semakin terjejas keseimbangan sistem mikroflora dalam tubuh
seseorang, semakin banyak simptom dialami.
Dengan itu, cara terbaik
adalah cuba mengekalkan keseimbangan ekosistem ini dengan pengambilan probiotik
yang ternyata selamat untuk diambil setiap hari.
Ciri-ciri
probiotik yang bagus
Pengguna seharusnya
memilih probiotik yang telah terbukti secara klinikal seperti strain NCFM untuk
memastikan kualiti dan memaksimumkan manfaatnya.
Probiotik ini seharusnya
menepati beberapa kriteria penting seperti mampu bertahan dalam asid gastrik
dan cecair hempedu, berasal daripada manusia, boleh melawan patogen serta mampu
hidup dan membiak dalam saluran gastrousus.
Selain itu, probiotik
juga disarankan untuk mereka yang mengambil antibiotiks. Ini kerana antibiotik
membunuh semua bakteria termasuk yang bermanfaat menyebabkan risiko mendapat
cirit-birit.
Manfaat probiotik
Probiotik atau bakteria
bermanfaat dapat meningkatkan kehadiran bakteria berguna yang membantu
penghadaman.
Kehadiran mikroflora di
dalam usus manusia memainkan peranan penting kerana beberapa faktor.
Probiotik memberi
manfaat kerana ia menghalang pembiakan bakteria berbahaya terutamanya dalam
sistem usus.
Selain itu, probiotik
turut berperanan dalam merangsang sistem imun, melindungi daripada bakteria
berbahaya dan pelbagai virus serta membantu dalam proses penghadaman dan
penyerapan makanan.
Kebaikan
Probiotik Kepada Anda?
Dengan menambahkan lebih banyak probiotik ke dalam makanan anda,
anda akan melihat manfaatnya iaitu :
- Menguatkan sistem imun.
- Menambahbaikan pencernaan.
- Meningkatkan tenaga daripada penghasilan vitamin B12.
- Menghasilkan nafas yang baik disebabkan probiotik
memusnahkan candida.
- Kulit akan bertambah sihat disebabkan probitik merawat
ekzema dan psoriasis.
- Mengurangkan rasa sejuk dan selesema.
- Pengurangan barat badan.
- Mencegah dan merawat jangkitan saluran urin.
- Merawat keradangan usus.
Kajian
terbaru akhirnya membuktikan bahawa probiotik mampu :
- Mencegah kembung perut, cirit-birit dan sembelit.
- Mencegah kolitis dan Penyakit Crohn’s
- Mencegah kaviti dan penyakit gusi.
- Mencegah batu karang.
- Melawan bakteria penyebab ulser.
- Mengurangkan selsema dan kesejukan.
Bagaimanakah
Probiotik Berfungsi ?
Perut
anda mengandungi kedua-dua bakteria baik dan jahat. Pakar pencernaan bersetuju
bahawa keseimbangan flora yang baik di dalam perut sepatutnya 85 peratus
bakteria baik dan 15 peratus pula bakteria jahat.
Sekiranya
nisbah ini melebihi daripada yang seimbang itu, seseorang itu akan mengalami
keadaan dysbiosis yang bermakna di sana terdapat satu
ketidakseimbangan beberapa jenis fungus, yis atau bakteria yang menjejaskan
tubuh badan.
Dengan
pengambilan beberapa jenis makanan yang mengandungi probiotik serta suplimen,
anda boleh menjadikan nisbah ini kembali seimbang.
Juga,
adalah penting untuk memahami bahawa probiotik bukanlah satu idea yang baru.
Sepanjang sejarah, kultur sudah dihasilkan melalui penemuan probiotik yang
ditemui pada makanan yang ditapaikan serta makanan yang berkultur.
Ia
bertujuan untuk mengekalkan makanan tersebut supaya tahan lebih lama berbanding
menyimpannya di dalam peti sejuk.
*********************************************************************
Kesimpulannya, bagi memaksimumkan ibadah kita sempena bulan yang penuh mulia ini, jom bersama-sama kempen kami di Farmasi Pantai Hillpark dalam pengambilan Probiotik untuk sistem penghadaman kita. Sehubungan itu #teamfphp dah sediakan beberapa langkah pengambilan probiotik.
CARA PENGAMBILAN PROBIOTIK ?
DOS DEWASA :
I KAPSUL SEKALI SEHARI SELEPAS MAKAN ATAU
DOS KANAK –
KANAK :
1 SACHET SEKALI
SEHARI .
CAMPURKAN
DENGAN AIR / MAKAN SECARA DIRECT MELALUI SACHET.
If you find out that you have this symptom please refer your Doctor or Pharmacist as soon as possible. Stay with our Channel on Facebook , Instagram and our FB Page (I Am Healthy) for more info and current issue that we're focusing on from time to time. Don't forget to share your opinion and experience with us. Sharing is Caring!!
- Prevention Is Better Than Cure -
Comments
Post a Comment