SAKIT TEKAK
Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.



Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial (bakteria) dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.
Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik. Tanpa diragui, URTI (Upper Respiratory Tract Infectionadalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.
Punca
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.
Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut (kurang dari seminggu), kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.


Simptom
a) Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:
·         Hingus meleleh
·         Gatal dan sakit tekak
·         Batuk
·         Rasa sesak nafas
·         Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
·         Kerap bersin
·         Mata berair
·         Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
·         Kepenatan

b) Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
  •      Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan sakit yang lebih teruk.
  •      Sakit tekak secara tiba-tiba
  •      Rasa sakit semasa menelan makanan
  •      Sakit kepala
  •      Sakit di bahagian abdomen
  •      Loya dan muntah
Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula (Anak tekak).
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks (Rongga kerongkong) termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.
Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas jangkitan bakteria streptococcal pharyngitis.



Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah rawatan berdasarkan gejala atau tanda:
Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
      1.      Rawatan umum - pengambilan cecair (minum air) 
2.    Kumur dengan air suam
3.      Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat digunakan segi analgesic dan antipyretic.
4.      Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID)
5.      Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Terapi Antibiotik
Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.
Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin. 

Sila rujuk kepada Doktor dan Ahli Farmasi untuk penerangan yang selanjutnya

RADANG TONSIL ATAU TONSILLITIS


Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini tediri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. 

Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:
  • Adenoids - Tonsil yang terletak di belakang hidung
  • Lingual tonsil - Tonsil di belakang lidah
  • Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



Apa itu radang tonsil atau tonsilitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.


Punca

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.


Simptom

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi

  • Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah.
  • Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas
  • Jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
  • "Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
Rawatan

  • Lozengers (hisap) - melegakan kesakitan
  • Gargle (mengurangkan keradangan dengan berkumur.
  • Ubat surut bengkak
  • Ubat tahan sakit
  • Antibiotik - sekiranya disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Lozengers

Throat Spray

Gargle




Sila rujuk kepada Doktor dan Ahli Farmasi untuk penerangan yang selanjutnya


 ATTENTION!!



If you find out that you have this symptom please refer your Doctor or Pharmacist as soon as possible. Stay with our Channel on Facebook Instagram and our FB Page (I Am Healthy) for more info and current issue that we're focusing on from time to time. Don't forget to share your opinion and experience with us. Sharing is Caring!!.


Prevention Is Better Than Cure

Comments

Popular Posts