SEJARAH BERKENAAN PENYAKIT ANJING GILA
SEJARAH BERKENAAN PENYAKIT ANJING GILA
Penyakit ini diketahui telah wujud dalam sejarah manusia semenjak 2000 tahun sebelum Masehi. Menurut Kodeks Eshunna, kanun undang-undang di Mesopotamia pada kira-kira tahun 1930 sebelum Masehi menyebut bahawa pemilik anjing perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya. Jika dia gagal berbuat demikian dan ada mangsa yang digigit, pemilik anjing akan dihukum dengan hukuman yang berat jika mangsa tadi meninggal dunia.
Berdasarkan rekod penyakit ini dianggap sebagai wabak pada kurun 19. Penyakit ini berterusan tiada penawar. Kebiasaannya, anjing dan hidupan yang dijangkiti termasuk manusia akan mati apabila sudah didiagnos dengan anjing gila sehinggalah dua orang saintis Perancis, Louis Pasteur dan Emile Roux mencipta vaksin rabies pada 1885. Kawalan dan rawatan penyakit ini bertambahbaik selepas itu dan pesakit dalam tempoh 10 hari selepas pendedahan dengan virus ini seperti digigit dan sebagainya boleh disembuhkan jika dirawat dalam tempoh 10 hari.
Antara kes-kes baharu penyakit anjing gila yang berlaku di Malaysia ialah pada tahun 2015 apabila 39 kes dilaporkan; 25 di Perlis, 9 di Kedah dan 5 di Pulau Pinang melibatkan 39 ekor anjing di mana 10 ekor disahkan positif Rabies. Mereka yang digigit disahkan negatif daripada Rabies susulan rawatan dan pencegahan yang berkesan sebelum sempat virus merebak. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia antara lain menyebut:
“Sehingga tahun 2014, Malaysia adalah bebas daripada Rabies di mana kejadian terakhir penyakit Rabies menjangkiti manusia adalah pada tahun 1998 dan kes di kalangan haiwan adalah pada tahun 1999. Namun begitu, negara-negara jiran di Asia Tenggara masih melaporkan kejadian penyakit Rabies dari masa ke semasa. KKM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan pemantauan kejadian gigitan anjing (manusia dan anjing yang terlibat) di Malaysia terutamanya di kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila dan kawasan penampan Rabies (Rabies Immune Belt) sebagai tindakan kawalan dan survelan.
Namun, tiga kes terbaharu di Sarawak yang melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki telah dikenalpasti positif rabies. Ini berpunca daripada kelewatan mendapatkan rawatan segera setelah terdedah kepada virus dan mula menunjukkan simptom-simptom. Mangsa menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Pada 4 Julai 2017, dua daripada tiga mangsa dilaporkan telah meninggal dunia akibat mati otak.
Ditulis oleh : Umar Mukhtar Mohd Noor
Ketahui info menarik mengenai Penyakit anjing Gila (Rabies) - https://farmasipantaihillpark.blogspot.my/2017/07/viral-penyakit-anjing-gila.html
Ketahui info menarik mengenai Penyakit anjing Gila (Rabies) - https://farmasipantaihillpark.blogspot.my/2017/07/viral-penyakit-anjing-gila.html
Thanks for giving this information.
ReplyDeleteImbue Intimate Hygiene Foam helps in reducing irritation, itching while preventing bacterial & fungal infections and maintains the natural pH of the skin.