SENAMAN BAGI GOLONGAN "OBESITI"


SENAMAN BAGI GOLONGAN "OBESITI"
Diet dan pemakanan yang sihat membantu golongan "OBESITI" dalam proses penurunan berat badan TETAPI exercise memainkan peranan paling penting.


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh The Lancet, iaitu journal perubatan British, 49% kaum wanita dan 44% kaum lelaki di Malaysia adalah obesiti dan dalam kajian yang sama mendapati Malaysia mencatatkan skala 45.3% populasi obesiti di Asia.

Jadi, minggu ini #teamfphp nak share kepada semua mereka yang bersaiz comel "obesiti" senaman-senaman yang disarankan supaya tidak terlalu mendesak diri anda / mencederakan diri anda.

1.
Berjalan
Berjalan merupakan senaman yang paling mudah dilakukan dan membantu malahan boleh dilakukan oleh semua orang.
1.Pastikan anda menggunakan sepasang kasut yang selesa dan sesuai bagi menampung berat badan anda.
2. Mulakan senaman anda dengan berjalan selama 2 ke 5 minit setiap hari pada permulaannya. Dan seterusnya tambahkan beberapa minit dari masa ke semasa sehingga 30 minit berjalan setiap hari (mengikut kemampuan anda).
3. Berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.


2.
Kayuhan Setempat
Merupakan senaman yang bagus bagi sendi anda dalam membakar lemak. Kerana senaman ini dilakukan ketika anda duduk ianya bagus untuk bahagian belakang dan sendi anda. Seperti senaman berjalan, lakukan berperingkat mengikut kemampuan anda.


3.
Berenang
Tekanan air dalam kolam renang mengurangkan tekanan kepada berat badan seseorang sebanyak 90%. Berjalan, berenang dan water aerobics antara aktiviti menarik yang boleh dicuba. Warm up dan warming down  adalah penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

4.
Senaman Regangan
Senama regangan mampu membantu anda dalam meningkatkan muscle  dan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Ini bermakna lebih banyak  muscle  dibina, lebih banyak kalori yang boleh dibakar. Dapatkan nasihat pakar dalam menjalankan senaman regangan bagi membantu anda melakukan gerakan yang sesuai.



BERITA GEMBIRA KEPADA SEMUA KOMUNITI YANG TINGGAL BERDEKATAN PANTAI HILLPARK / PANTAI DALAM, PIHAK FARMASI AKAN MENGADAKAN AKTIVITI SENAMAN / ZUMBA / AEROBIC PADA SETIAP HARI SABTU SETIAP MINGGU BERMULA BULAN 8 2017. Terus kekal bersama kami di facebook & Instagram bagi mendapatkan maluman lanjut berkenaan aktiviti bersama komunti yang bakal dijalankan. 

Comments

Popular Posts