VIRAL PENYAKIT ANJING GILA

Penyakit Anjing Gila




Apa itu Rabies

Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Virus Rabies
Virus Rabies



Cara jangkitan :
Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
Tempoh pengeraman

3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Tanda dan Gejala pada Manusia dan Anjing
No
Tanda & Gelaja Pada Manusia
Tanda & Gejala Pada Anjing
1
Menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)
Ekor ditekuk diantara kedua kaki belakang.
2
Rasa bimbang
Takut air
3
Sakit kepala
Takut Suara
4
Demam
Air liur berlebihan
5
Lesu
Gelisah dan agresif
6
Perubahan deria di sekitar tempat gigitan
Menyendiri
7
Sawan
Takut Cahaya
8
Berhalusinasi
Menggigit apa saja yang ada sedekitarnya (benda/manusia)


Komplikasi

Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.
Rawatan

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies
  1. Basuh luka dengan sabun dan air / air sahaja.
  2. Sapukan etanol (70%)
  3. Rawat luka dengan segera

Pencegahan

Dapatkan Vaksinasi untuk mencegah dari dijangkiti rabies 

Langkah berjaga-jaga
  1. Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  2. Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka  dengan sabun dan air.
  3. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.


Comments

Popular Posts