GASTRIK TERUK
PEPTIC ULCER
Ulser peptic (Gastrik) ditakrif sebagai luka kecil
yang terjadi di bahagian usus, selalunya di bahagian duodenum (dipanggil
duodenal ulcer) ataupun perut (dipanggil gastric ulcer). Ulcer ini selalunya
benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser). Bagaimanapun peratusan kecil
ulcer ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).
Apakah
yang menyebabkan terjadinya penyakit ini?
- Ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus
- Pengeluaran asid yang berlebihan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan terjadinya ulcer
Pada tahun 1982, dua orang
saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori
(lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser
gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan
yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang
meneutralkan asid perut.
Apakah
faktor yang mempengaruhi penyakit ini?
- Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen untuk jangka masa yang lama Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
- Golongan yang berusia 50 tahun ke atas dan kerap mengambil ubat tahan sakit
- Crohn's disease (bengkak dikawasan dinding usus) dan Zollinger-Ellison syndrome (tumor)
- Golongan berdarah jenis A
- Pengambilan kafein dan alkohol yang berlebihan
- Perokok
- Hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
- Makan tidak teratur.
- Stress.
Tanda-tanda
|
- Sakit perut dan rasa tidak hadam (sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut)
- Pening kepala
- Angin
- Sakit dibahagian ulu hati
- Sendawa
- Kentut yang kerap
- Muntah
- Badan lemah lesu
- Berat badan menurun
- Najis menjadi hitam / gelap (kerana ia sebati dengan darah)
Langkah-langkah
yang boleh anda lakukan
Ubat-ubat yang boleh diambil- Makan yang kerap (elakkan perut daripada kosong ambil makanan ringan antara makanan utama)
- Rehat secukupnya
- Pengambilan makanan yang mengandungi sulfur (bawang putih, kobis, brokolli) sulfur membentuk glutachione yang melindungi lapisan perut.
- Pengambilan Vitamin C 1000mg (mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser perut)
- Pengambilan zink dalam Pemakanan (sebagai proses penyembuhan)
- Pengambilan probiotic (Bakteria baik) perlu diamalkan
Kobis Hijau
Bawang Putih
Broccoli
Probiotik - Bakteria baik untuk usus
Vitamin - Zinc
Vitamin C
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik;
- Antasid (Ubat untuk melawan acid) - Actal, Maalox, Zellox, Actal Plus, Axcel Eviline Forte, Alucid & Belcid. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
- H2receptor antagonists (mengurangkan penghasilan acid dalam perut) - Histac (ranitidine 150mg), Cimulcer (cimetidine 400mg).
- Proton pump inhibitor (perencat receptor proton pam) - Zenpro (Omeprazole 20mg), Lensoprazol 30mg, Nexium Mups 40mg, Controloc 40mg
- Prostaglandin analogues (mengurangkan radang) seperti Cytotec (Misoprostol)
- Pengambilan Zenpro (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu bertujuan untuk membunuh H.Pylori. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.
PEPTIC ULCER
ATTENTION!!
If you find out that you have this symptom please refer your Doctor or Pharmacist as soon as possible. Stay with our Channel on Facebook , Instagram and our FB Page (I Am Healthy) for more info and current issue that we're focusing on from time to time. Don't forget to share your opinion and experience with us. Sharing is Caring!!.
FARMASI PANTAI HILLPAK (FPHP)
SOLUTION YOU CAN TRUST
SOLUTION YOU CAN TRUST
Comments
Post a Comment