JERAWAT/ACNE VULGARIS



APA ITU JERAWAT?
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di folikel rambut. Ia sering berlaku pada bahagian kulit yang mempunyai kelenjar minyak yang banyak seperti di muka, bahagian dada, bahu serta bahagian belakang badan. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Justeru, pembentukan bintik hitam (blackhead), bintik putih (whitehead), papul, nodus dan ‘cyst’ akan terhasil. Masalah jerawat ini sering berlaku dalam masyarakat terutamanya golongan remaja yang akil baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. 


FAKTOR-FAKTOR

PERINGKAT-PERINGKAT JERAWAT

  • Bintik putih (Whitehead): Apabila minyak dan sel kulit mati terkumpul di folikel rambut akan menjadi mampat. Bintik putih akan terbentuk sekiranya liang pori tertutup.
  • Bintik hitam (Blackhead): Jika liang pori terbuka, ia akan menghasilkan bintik hitam. Sebum atau minyak yang terdedah kepada udara akan teroksida dan bertukar kepada warna gelap. Hal ini kerana sebum mengandungi pigmen melanin.
  • Papul (Papule): Apabila lebihan minyak dan sel kulit mati yang tersumbat di folikel rambut makin bertambah, ia akan memberi tekanan yang tinggi pada folikel tersebut. Akibat daripada itu, dinding folikel rambut akan pecah dan menggalakkan pertumbuhan bakteria Propiononibacterium acnes. Ini akan menyebabkan infeksi dan keradangan pada kulit. Benjolan merah akan terbentuk atas permukaan kulit.
  • Pustul (Pustule): Sistem imunisasi badan akan menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria yang terkumpul di folikel terbabit. Hasil tindakbalas tersebut akan menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya, jerawat bernanah akan terbentuk.
  • Nodus/’Cyst’: Apabila ruang folikel rambut tersebut terhakis dari dalam dan membesar, ia akan menyebabkan jerawat bernanah yang bengkak, berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut. Cyst pula terhasil daripada tindak balas yang lebih ekstrem yang boleh menyebabkan jerawat yang mengandungi nanah yang banyak dan bersaiz besar. 
Bintik Putih (Whitehead)
Bintik Hitam (Blackhead)
Papul (Papules) dan Pustul (Pustules)
Nodus / Cyst


RAWATAN

Rawatan Topikal
  • Benzyl Peroxide
(Oxy 5, Oxy 10 dan Benzac AC 5 boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)
  • Antibiotik

o   Contoh : Erythromycin, Clindamycin

 




        (Clindamycin 1%, T3 Mycin dan Tidact Gel 1% boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)
  • Sulphur


          (JF Sulphur 5% dan 10% Anti-Acne Soap boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)
  • Retinoids


o   Contoh : Tretinoin, Adapalene

(Tretinon cream 0.05% boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)
  • Azelaic Acid

Tips untuk mengguna rawatan topikal untuk jerawat
  •  Sapu krim secara nipis di tempat yang berkaitan sahaja.
  • Retinoids tidak boleh digunakan semasa mengandung.
  • Antibiotik tidak boleh digunakan sebagai monoterapi untuk mengelakkan berlakunya rintangan bakteria.


Rawatan oral
  •          Antibiotik

o   Contoh : Tetracycline, Doxycycline, Minocycline, Erythromycin, Azithromycin, Clindamycin, Co-trimoxazole.
  •          Isotretinoin
  •         Pil perancang keluarga yang tertentu

o   Contoh : Yasmin, Dianne

Tips untuk mengguna rawatan oral untuk jerawat

  •      Anda harus berjumpa dengan doktor atau pakar kulit untuk mendapat prekripsi ubat.
  •     Tetracycline, doxycycline, minocycline dan co-trimoxazole tidak boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur bawah 8 tahun, perempuan yang mengandung dan ibu menyusu.
  •    Penggunaan antibiotik tidak boleh melebihi daripada 6 bulan. 

RAWATAN ALTERNATIF/SUPLEMEN

  • ·         Minyak Ikan/Fish Oil

(Produk-produk ini boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark) 
  • ·         Zink

(Produk-produk ini boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)

  •         Tea tree oil


(Produk-produk ini boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)

  • Niacinamide (Vitamin B3)

(Produk ini boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark)

TIPS UNTUK PENCEGAHAN

          Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut. Jangan gosok/scrub muka secara terlampau kasar atau cuci muka terlampau kerap.
          Jangan kerap menyentuh muka dengan jari yang kotor.
          Jangan picit jerawat.
          Amalkan makanan seimbang.
          Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari.
          Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.
          Basuh rambut secara kerap sekiranya rambut anda berminyak.
          Bersihkan muka selepas berpeluh supaya segala kotoran tidak lagi melekat di muka.
          Guna kosmetik/produk penjagaan kulit ‘bukan-komedogenik’.
          Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
          Cukur bulu di badan dengan berhati-hati.
          Cuci sarung bantal dan cadar secara kerap supaya segala kotoran dan minyak tidak terlekat di muka.

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom jerawat, sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan segera dan tepat. Ini dapat mengelakkan parut dan komplikasi lain. Terdapat beberapa produk untuk merawat jerawat yang boleh didapati di Farmasi Pantai Hillpark. Anda boleh merujuk kepada #teamfphp untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk tersebut.





Comments

Popular Posts