OBESITI MUSUH UTAMA RAKYAT MALAYSIA
OBESITI (BERAT BADAN BERLEBIHAN)
Statistik obesiti di Malaysia semakin menakutkan pada hari itu. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2010 menduduki ranking keenam di Asia dengan kadar obesiti dewasa yang tertinggi. Statistik obesiti dari Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional Malaysia pada tahun 2006 menunjukkan bahawa 43% orang dewasa di Malaysia adalah gemuk atau berat badan berlebihan. Dan statistik obesiti menunjukkan bahawa kanak-kanak berlebihan berat adalah 38% daripada penduduk kanak-kanak di Malaysia. Keputusan WHO pada awal 2010 menunjukkan bahawa 60% rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, mempunyai BMI lebih daripada 25. BMI lebih daripada 25 bermakna orang itu berlebihan berat badan.
Bulan Obesiti jatuh pada setiap bulan Januari setiap tahun. Justeru itu, pada bulan ini #teamfphp ingin konsgikan bersama-sama dengan semua. Obesiti atau masalah berat badan berlebihan boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan lain sekiranya tidak dicegah dari awal, seawal kanak-kanak.
Bagaimana
anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh
(BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara
kasar. Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI)
|
Berat badan (kilogram)
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter) |
Bagaimana
berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda
bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh
badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat
badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan
tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul
dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor
risiko termasuk :
- Sejarah keluarga anda.
- Masalah perubatan.
- Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
- Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
- Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Punca
berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
- Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
- Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah
komplikasi masalah ini?
- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
- Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
- Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
- Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
- Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Bagaimanakah
cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
- Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat (Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak)
- Makan secara sederhana.
- Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
- Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
- Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
- Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Apakah
rawatan yang boleh diperolehi ? Rawatan perlu dimulakan seawal
yang mungkin. Ini termasuklah :
Pakar Pemakanan atau
Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan
makanan yang boleh di ambil.
Ahli
terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk
menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan
kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
- Pemakanan (Beri perhatian kepada apa yang anda makan)
- Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat)
- Untuk mengurangkan berat badan (Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan)
- Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
- Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mi).
- Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
- Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
- Baca label makanan terutama kandungan kalori.
- Aktiviti fizikal
- Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta (“parking”) jauh dan bersenam semasa menonton TV.
- Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
- Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
- Ubah tabiat anda.
- Kenal pasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
- Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
- Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
- Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Semperna kempen kesedaran obesiti, #teamfphp menyediakan promosi ujian kadar lemak dalam badan (Karada Scan) dan pelbagai ujian saringan yang lain.
![]() |
Promosi khas sepanjang bulan Januari 2018 |
Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan kesihatan, follow #teamfphp di facebook page WEIGHT MANAGEMENT dan instagram (fphp_official) Farmasi Pantai Hillpark untuk makluman produk-produk kesihatan yang sesuai dengan keperluan anda.
Comments
Post a Comment