PEMAKANAN BAGI BERAT BADAN BERLEBIHAN
PEMAKANAN BAGI BERAT BADAN BERLEBIHAN
Penurunan Berat Badan
- Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal hingga 1000 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
- Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
- Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
- Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan, anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
- Elektrolit yang tidak normal
- Kekurangan nutrien
- Peningkatan asid urik
- Kehilangan protein dan otot
- Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
- Ini adalah disebabkan apabila berat badan anda menurun, tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
- Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan diet dan senaman dalam proses penurunan berat badan.
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan
Objektif Pengurusan Pemakanan
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan .
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetes mellitus dan penyakit jantung .
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
- Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi-ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
- Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
- menggunakan sedikit minyak dan lemak semasa memasak
- mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir, gula perang, madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
- meningkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih lama.
- minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
BMI =
|
_______Berat (kg)______
|
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )
|
Jika BMI anda adalah
|
Anda adalah
|
---|---|
Kurang daripada 18.5 | Kurang Berat Badan |
18.5 hingga kurang 25 | Normal |
25 hingga kurang 30 | Berlebihan Berat Badan |
- Saranan Pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
- Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1500 kkal hingga 1200 kkal.
- Dapatkan nasihat Dietitian atau Pegawai Pemakanan untuk menentukan keperluan anda.
Sarapan (7.00 – 7.30 pagi) |
|
---|---|
Makan Tengahari (12.30 – 1.00 tgh) |
|
Minum Petang (3.30 – 4.00 ptg ) |
|
Makan Malam ( 6.30 – 7.00 ptg ) |
|
Sarapan (7.00 – 7.30 pagi) |
|
---|---|
Minum Pagi (10.00 – 10.30 pagi) |
|
Makan Tengahari (12.30 – 1.00 tgh ) |
|
Minum Petang (3.30 – 4.00 ptg ) |
|
Makan Malam ( 6.30 – 7.00 ptg ) |
|
- Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
- Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )
Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
Penurunan Berat Badan – Kekal Sihat Dan Cergas
- Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
- Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Sumber : Google |
Diharapkan perkongsian kami #teamfphp sepanjang bulan Januari ini dengan kempen FIGHT OBESITY dapat membantu anda dalam aktiviti seharian. Berhubung dengan kami secara direct dengan whatsapp 013-9112448 (untuk sebarang pertanyaan) atau Follow kami di Facebook (Farmasi Pantai Hillpark), Instagram (fphp_official) dan Youtube (Farmasi Pantai Hillpark).
Jangan lupa terus bersama kami di setiap saluran media social Farmasi Pantai Hillpark untuk mengetahui pelbagai info mengenai masalah kesihatan dan cara menangani masalah.
Topik bulan februari 2018
KEMPEN HEART DISEASE
Reference : http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-bagi-berat-badan-berlebihan/
Comments
Post a Comment