TEKANAN DARAH TINGGI (Hypertension)
TEKANAN DARAH TINGGI / HYPERTENSION
Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila terdapat perubahan kepada salur darah menjadikan tekanan darah meningkat sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi.
Tekanan darah diambil dengan menggunakan
sphygmomanometer (sfigmomanometer).
Sfigmomanometer automatik |
Tekanan darah dibaca sebagai tekanan
sistol (bacaan atas) per tekanan diastol (bacaan bawah). Tekanan sistol ialah
tekanan darah ketika jantung sedang mengecut manakala diastol ialah tekanan
darah ketika jantung sedang mengendur(berehat).
Terdapat beberapa klasifikasi untuk
tekanan darah. Tekanan darah yang normal seharusnya di dalam lingkungan 90-119
per 60-79.
Tekanan darah dipengaruhi oleh saiz
diameter salur darah, isi padu darah di dalam badan dan kadar denyutan jantung
per minit. Semakin kecil saiz diameter salur darah, semakin tinggi tekanan
darah. Semakin banyak isi padu darah, semakin tinggi tekanan darah. Semakin
banyak denyutan jantung dalam seminit, semakin tinggi tekanan darah.
Ketiga-tiga faktor ini akan meningkat tekanan darah tinggi
Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi
- Umur. Orang yang lebih berusia mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi.
- Jantina. Lelaki mempunyai kadar yang lebih tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi daripada wanita.
- Sejarah keluarga. Seseorang juga boleh mendapat tekanan darah tinggi disebabkan oleh keturunan.
- Orang yang mempunyai berat badan berlebih (obesiti).
- Pengambilan garam yang tinggi di dalam diet.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan.
- Merokok.
- Stress.
Antara ubat yang boleh mengawal tekanan
darah ialah penghalang penerima β,
penghalang saluran kalsium, penghalang enzim penukar angiotensin, penghalang
penerima angiotensin II dan diuretik.
Penghalang penerima β (β blocker) bertindak pada jantung dan akan menyebabkan
denyutan jantung berkurang. Seterusnya mengurangkan tekanan darah.
Penghalang penerima β menyebabkan denyutan jantung berkurang. Jika berlebihan, penghalang β boleh menyebabkan pengecutan salur pernafasan seterusnya menyebabkan asma |
Penghalang saluran
kalsium (CCB) pula akan
bertindak pada saluran kalsium terutamanya di salur darah. Ini akan menyebabkan
salur darah mengendur dan mengembang lalu mengurangkan tekanan darah
Penghalang enzim penukar angiotensin juga akan menyebabkan salur darah mengembang |
Penghalang penerima angiotensin II (ARB) akan menghalang pengecutan salur darah yang disebabkan oleh angiotensin II. Ini akan menyebabkan salur darah menjadi kembang dan ini akan mengurangkan tekanan darah. |
Penghalang penerima angiotensin II akan angiotensin II daripada bertindak ke atas penerima AT1 |
Diuretik pula akan melawaskan kencing. Ini akan menyebabkan isi padu darah dapat dikurangkan dan menurunkan tekanan darah.
Diuretik akan menghalang menyerapan air dan
elektrolit ke dalam badan. Oleh itu, isi padu darah dapat dikurangkan.Berikut adalah senarai ubat yang terdapat di Farmasi Pantai Hillpark yang diperlukan oleh pesakit darah tinggi. (Sila dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini dan anda perlu membuat pemeriksaan berkala bagi ubat-ubatan yang dinyatakan)Penghalang penerima β |
Penghalang salura kalsium
Amlodipine 5mg |
Amlodipine 5mg |
Nifedipine 20mg |
Amlodipine 10mg |
Penghalang enzim penukar angiotensin
Perindopril 4mg |
Penghalang penerima angiotensin II
Losartan 100mg |
Diuretik
Furosemide 40mg |
Tips kesihatan untuk mengelak tekanan darah tinggi atau mengekalkan tekanan darah kepada minimum bagi penghidap tekanan darah tinggi:
- Berhenti merokok
- Kurangkan makanan yang banyak garam dan berlemak
- Kurangkan stress dan bertenang ketika stress
- Kurangkan pengambilan alkohol
- Kurangkan berat badan kepada BMI yang ideal
- Jika sedang mengambil ubat-ubatan, ambil ubat-ubatan yang telah ditetapkan oleh doktor untuk memastikan tekanan darah sentiasa dalam keadaan terkawal
- Pantau tekanan darah
- Dapatkan nasihat selanjutnya daripada Ahli Farmasi atau Doktor
- Rang and Dale’s Pharmacology Review. Ebook https://drive.google.com/drive/u/0/folders/0B_iOG7z9vJJMVklBbFpidUJ6aFE
- Basic & Clinical Pharmacology 13th edition. Kartzung and Trevor. 2015
- https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/what-can-raise-blood-pressure#1
- Mims pharmacy - patient counselling guide (Malaysia 2016 / 2017)
PERHATIAN!
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom tekanan darah tinggi, sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan segera dan nasihat pakar. Segala informasi yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan berbincangan #teamfphp yang disertai oleh Ahli Farmasi, Pembantu Ahli Farmasi dan pelajar degree farmasi. Teruskan bersama kami di laman social #teamfphp di Facebook , Instagram dan FB Page (I Am Healthy) untuk makluman lanjut berkaitan tips kesihatan dan isu semasa.
Prevention Is Better Than Cure
Prepared by : Assistant Pharmacist Farmasi Pantai Hillpark (Nur Hazida) & Trainee Degree Student UITM
Editor : Marketing / Advertising (Shakila)
Comments
Post a Comment