MITOS BERKAITAN BUAH PINGGANG
MAKAN UBAT PENYEBAB SAKIT BUAH PINGGANG?
Mitos berkenaan isu ini masih lagi wujud dikalangan masyarakat negara kita walaupun peredaran teknologi semakin membangun. Hari ini #teamfphp nak kongsikan sedikit info berkenaan isu ini. Berikut adalah beberapa persoalan yang sering dikaitkan dengan isu ini dan kami sertakan maklumat yang sepatutnya anda ketahui.
Soalan 1 : MAKAN UBAT PENYEBAB SAKIT BUAH PINGGANG?
Cik saya nak tanya sikit.
Dah seminggu mak cik sakit lutut belah kiri sebab minggu lepas jatuh di tandas. Mak cik dah pergi klinik, doktor bagi ubat tahan sakit tapi mak cik takut nak makan sebab orang ramai cakap makan ubat ni boleh rosak buah pinggang. Betul ke cik adik farmasi? (Puan Salmah, 56 tahun)
Ramai yang fikir, makan ubat perubatan moden akan merosakkan buah pinggang. Salah faham ini perlu dibetulkan segera dikalangan masyarakat kita.
Ubat tahan sakit (NSAID) boleh mengurangkan kadar pengaliran darah ke ginjal dan menyebabkan kerosakan ginjal sekiranya ubat ini dimakan dalam tempoh terlalu lama atau makan melebihi dos yang ditetapkan.
Soalan 3 : MAKAN UBAT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI ROSAK BUAH PINGGANG?
Semua orang kata kalau makan uabat darah tinggi dan ubat kencing manis nanti buah pinggang rosak. Betul ke? Saya pun keliru ni... (Mr Singh, 52 tahun)
Sebenarnya ini adalah antara salah faham yang kerap berlaku dalam masyarakat kita. Begini. Darah tinggi dan kencing manis adalah penyakit kronik (atau jangka panjang).
Darah tinggi menyebabkan tekanan darah melebihi paras normal.
Kencing manis disebabkan oleh badan yang kurang sensitif kepada hormon insulin, menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi akibat tidak dapat digunakan secara berkesan oleh tisu badan lain. Antara kesan sampingan yang utama bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi ialah kerosakan buah pinggang kronik.
Ubat-ubat kencing manis yang digunakan telah terbukti tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini dibuktikan dalam banyak kajian dan data yang dibuat secara berterusan (bahkan sehingga hari ini). Dakwaan bahawa ubat darah tinggi dan kencing manis menyebabkan kerosakan buah pinggang adalah tidak berasas.
Tujuan rawatan darah tinggi dan kencing manis ialah MENCEGAH komplikasi (terutama serangan jantung, stroke, dan kerosakan buah pinggang) maka sebelum sesuatu jenis ubat diluluskan, ia akan dikaji dari segi peratus keberkesanannya dalam MENCEGAH komplikasi tersebut.
Benar. Bukan sahaja ia tidak merosakkan buah pinggang, bahkan antara tujuan utama ubat tersebut ialah MENCEGAH kerosakan buah pinggang.
Soalan 2 : UBAT TRADISIONAL LEBIH SELAMAT DAN TIDAK MEROSAKKAN BUAH PINGGANG!
Cik farmasi sini ada jual ubat tradisional ke? Saya mau cari ubat tradisional bagus punya sebab saya sudah makan ubat tapi tak baik juga. Lagi bagus makan ubat tradisional dari ubat klinik kasi. (Mr Yong, 46 tahun)
Tidak dinafikan ubat tradisional mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan banyak kegunaannya. Tetapi anda perlu mengikut jadual yang diarahkan oleh doktor bagi pengambilan ubat yang ditetapkan dan hendaklah memaklumkan kepada doktor anda berkenaan ubat tradisional yang diambil oleh kerana ada sesetengah ubat tradisional tidak boleh diambil bersama ubat perubatan kerana keberkesanan dan tindak balas ubat akan berlaku.
Ada juga sesetengah ubat tradisional memberi kesan sampingan dan boleh merosakkan buah pinggang.
Rujukan
1. Pena Picagari (Dr Khairul Hafidz)
2. Bukan Doktor Gugel
PERHATIAN!
Jangan mudah terpengaruh dengan apa-apa mitos kesihatan, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul bagi mengelakkan salah faham dan juga penyebaran maklumat yang salah. Jadilah pengguna dan pesakit yang bijak. Teruskan bersama kami di laman social #teamfphp di Facebook , Instagram dan FB Page (I Am Healthy) untuk makluman lanjut berkaitan tips kesihatan dan isu semasa.
Prevention Is Better Than Cure
Editor : Marketing / Advertising (Shakila)
Comments
Post a Comment