KIDNEY DISEASE



Penyakit Ginjal Kronik & Kegagalan Ginjal
Mengapakah buah pinggang (ginjal) sangat penting ?
Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah :
  • Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  •  Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal asid dalam darah.
  • Mengawal mineral di dalam darah.
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.








5 Fasa Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik Setiap tahun, semakin bertambah individu yang mengalami masalah berkaitan kegagalan buah pinggang.

Terdapat dua jenis kegagalan buah pinggang. Penyakit buah pinggang kronik juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang kronik di mana seseorang itu kehilangan fungsi buah pinggang. Ujian untuk penyakit buah pinggang kronik (CKD) CKD boleh didiagnosis menggunakan ujian darah dan air kencing. Ujian ini digunakan untuk melihat tahap bahan-bahan tertentu yang tinggi dalam darah dan air kencing yang menunjukkan tanda bahawa buah pinggang anda tidak berfungsi dengan betul.



5 Fasa Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik


Apakah Kadar Penapisan Glomerular (GFR)? Tahap-tahap penyakit buah pinggang kronik adalah ditentukan oleh kadar penapisan glomerular. Penapisan glomerular adalah proses di mana buah pinggang menapis darah, membuang sisa dan cecair berlebihan. Kadar penapisan glomerular (GFR) adalah ujian terbaik yang menentukan sejauh mana darah ditapis oleh buah pinggang. Ia adalah salah satu cara untuk mengukur fungsi buah pinggang dan menentukan peringkat penyakit buah pinggang kronik itu. Doktor boleh mengira GFR dari keputusan ujian kreatinin darah, umur, saiz badan dan jantina setiap individu. GFR anda memberitahu doktor peringkat penyakit buah pinggang kronik dan membantu doktor merancang rawatan untuk anda. Jika results GFR anda rendah, buah pinggang anda tidak berfungsi dan juga sebaliknya. Penyakit buah pinggang yang dikesan lebih awal, mempunyai peluang lebih baik untuk memperlahankan atau menghentikan pergerakannya.


KIDNEY DISEASE



Kadar pesakit yang mengalami dialisis akibat kegagalan ginjal semakin meningkat hampir dua kali ganda. Mengikut data dari National Renal Registry, Pesakit dialisis dari tahun 2014 ke tahun 2013 telah meningkat dari 6,702 kepada 31,637 orang, menyebabkan negara terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk kesihatan pesakit.

Peningkatan mendadak ini disebabkan oleh peningkatan penyakit kencing manis atau diabetes. 58% insiden kegagalan ginjal disebabkan oleh penyakit diabetes. 11.3% kegagalan ginjal akut disebabkan oleh jangkitan virus denggi. Selain dari itu, penyakit autoimmune dan perokok tegar turut menyumbang kepada statistik ini.

Faktor lain adalah pencemaran alam yang turut mencemari air yang diminum boleh merosakkan ginjal. Pada peringkat awal kegagalan ginjal, pesakit tidak akan mengalami apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit digalakkan membuat saringan kesihatan awal untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Buat masa sekarang tersapat 2-3 million rakyat malaysia menyakini penyakit ginjal kronik dan angka ini dijangka akan terus menigkat.

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?
Faktor-Faktor Penyakit Ginjal 

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
  • Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti – Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
  • Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga. 
  • Jika anda pengidap sakit jantung
Bagaimana saya mengetahui saya mengidap penyakit ginjal?

Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.
Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:
  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  •  Gatal seluruh badan
  •  Sakit tulang
  •    Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  • Pucat
  •  Kencing yang berbuih
  •  Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  •  Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama sebelah malam
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

Apakah ujian-ujian yang perlu dijalankan untuk mengesan penyakit ginjal kronik?

Ianya berbeza di antara satu individu dengan individu lain tertakluk kepada punca atau sebab.Ujian yang perlu termasuklah:
  • Ujian air kencing
  •  mengesan kehadiran protein
  • mengesan darah
  •  mengesan kandungan bakteria
  •  Ujian darah
  •  Mengesan tahap kerosakan ginjal
  •  Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
Bilakah masanya saya perlu memulakan rawatan dialysis?


Rawatan dialysis diperlukan apabila:
  • Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan.
  •   Ujian darah “renal profile” menunjukan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi.
  • Peningkatan pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia)
  •  Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10- 15mls/min
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengidap penyakit ginjal peringkat akhir (ESRD)?
Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi.

Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut
1. Rawatan dialysis
  • Hemodialysis (Menggunakan saluran darah)
  • Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium 
2. Pemindahan ginjal
  • Cadaver donated
  • Living-relative donated
       Pakar Nefrologi yang merawat anda akan berbincang tentang semua pilihan rawatan untuk anda pilih. Walau bagaimana pun ia bergantung kekosongan dan juga kesesuaian kepada masaalah kesihatan anda.
       RAWATAN GANTIAN GINJAL 
    Pemindahan Ginjal
Pemindahan Ginjal

     Adakah pemindahan buah pinggang dilakukan di Malaysia?
      Terdapat seramai 1841 pesakit menjalani pemindahan ginjal yang masih berfungsi sehingga 31/12/2010. Dari jumlah tersebut 55% adalah dilakukan di Malaysia.
     Pusat kerajaan yang menjalankan pemindahan ginjal di Malaysia adalah seperti berikut :
  •        Hospital Kuala Lumpur
  •     Hospital Selayang
  •     Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
  •     Pusat Perubatan Universiti Malaya

      Pemindahan ginjal adalah pilihan terbaik dalam rawatan gantian fungsi ginjal kerana ia mengembalikan kualiti hidup yang terbaik dan boleh memanjangkan riwayat hidup. Walau bagaimanapun ianya terhad dengan kesesuaian penderma yang hidup, penderma yang meninggal (penderma ‘deceased’) dan status penyakit-penyakit lain dihidapi oleh penerima pemindahan ginjal.
      Bagaimana pemindahan ginjal dilakukan

      Pembedahan pemindahan ginjal dilakukan di bawah bius umum. Ginjal yang tidak berfungsi dibiarkan sahaja sementara ginjal yang sihat dari penderma dipindahkan dirongga abdomen penerima.
      Sebelum pemindahan dijalankan penderma akan menjalani pemeriksaaan perubatan bagi memastikan beliau sesuai menjalani pembedahan dan mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang selepas pemindahan ginjal dilakukan.
      Di Malaysia senarai menunggu untuk pemindahan Cadavaric terlalu panjang (8 hingga 10 tahun) disebabkan kurang penderma dari orang awam.
     Apakah kontraindikasi pemindahan ginjal ?
  •      Jangkitan HIV
  •      Penyakit barah
  •      Penyakit kardiovaskular yang teruk
  •      Kencing manis dengan kegagalan pelbagai organ.
  •      Penyakit mental
  •      Susah untuk mengikut arahan atau aturan
  •     Masih aktif penyalah gunakan bahan-bahan larangan.
  •     Jangkitan hepatitis kronik yang aktif atau kerosakan hati
  •     Lanjut usia (melebihi melebihi 65 tahun)

     Sekiranya saya berminat dalam pemindahan ginjal, siapa harus saya jumpa ?
      Pergi ke hospital berhampiran untuk berjumpa pakar perubatan atau pakar nefrologi. Pakar ini akan merujuk anda kepadaklinik pemindahan ginjal hospital yang berdekatan.
     Apakah faedah pemindahan ginjal ?

  •       Anda tidak perlu menjalani rawatan dialysis selagi ginjal yang didermakan berfungsi secukupnya.
  •        Kawalan pengambilan makanan dan cecair tidak ketat berbanding semasa anda dalam program rawatan dialisis.
  •       Kualiti hidup yang lebih baik
  •      Jangka hayat yang lebih panjang
  •       Bebas berjalan ke mana-mana atau, kembali bekerja dan bersekolah.

Sekiranya saya ingin menjadi penderma siapa perlu saya temui ?
       Anda boleh memilih menjadi penderma semasa hidup kepada orang yang ada pertalian darah dengan anda (sekiranya ahli keluarga memerlukan pemindahan ginjal) atau menjadi penderma ‘cadaveric’ (selepas anda meniggal dunia)
      Sekiranya anda ingin menjadu penderma kepada ahli keluarga, anda perlu berjumpa jururawat penyelaras pemindahan ginjal di unit transplant nefrologi untuk pemeriksaan fizikal dan pelbagai ujian saringan untuk memastikan kelayakan menjalani pembedahan.


   Peritoneal Dialisis



     Adakah kaedah rawatan ini didapati di Malaysia
      Sehingga 31/12/2010 terdapat 2360 pesakit yang menjalani kaedah rawatan ini. (Laporan ke-18, Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2010)
      Kebanyakan daripadanya adalah CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) dan seramai 12.5% adalah rawatan otomatik PD (APD)
      Apa itu peritoneal dialysis?

       Ia adalah salah satu kaedah modaliti dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalui tiub khas yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan secara berkala.
      Dalam kaedah rawatan ‘Continuous ambulatory peritoneal dialysis’ (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 2.5 L) ke tiub tenckhoff untuk disalurkan ke dalam rongga peritoneal. Cecair dialysis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialysis yang baru. Bagi mendapatkan dialysis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialysis diperlukan diperlukan setiap hari. Biasanya, setiap pertukaran mengambil masa setengah jam dan di antara pertukaran tersebut, pesakit adalah bebas untuk menjalankan aktiviti harian.. Kandungan Cecair dialysis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialysis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit.
     Kebaikan utama kaedah rawatan ini islah kebolehan dijalankan di rumah ataupun tempat kerja pesakit. Jika dibandingkan dengan rawatan hemodialisis, risiko jangkitan kuman seperti hepatitis B dan C, risiko anemia, keperluan transfusi adalah kurang, disamping pengekalan fungsi ginjal untuk masa lebih lama.

      Apakah faktor yang mempengaruhi pilihan rawatan CAPD?
Rawatan CAPD
       Ini meliputi faktor fisikosoial dan faktor perubatan
       Faktor fisikososial termasuk:
  •        Motivasi dan pilihan pesakit sendiri
  •      Pesakit yang mementingkan imej badan (orang muda)
  •      Jenis pekerjaan
  •      Ekonomi
  •      Keadaan tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja
  •      Sokongan keluarga
  •      Jarak dari pusat dialisis yang berhampiran

      Faktor perubatan termasuk :
  •     Umur
  •     Sejarah penyakit jantung, serangan angin ahmar
  •     Masalah memperolehi akses vaskular disebabkan urat darah yang kecil atau berpenyakit

        Apakah kontraindikasi CAPD
  •       Kesan parut pembedahan terdahulu yang teruk dalam rongga peritoneum atau penyakit radang usus.
  •      Kurang penglihatan dan tidak mempunyai pembantu
  •     Jika ada kolostomi, Ileal conduit, Ileostomy dan lain-lain
  •      Fisikologi pesakit tidak setabil
  •      Penyakit kesumbatan saluran pernafasan kronik yang teruk
  •     Kegemukan
  •     Penyakit ‘diverticular’ kolon yang serius
  •     Kebocoran diaphraghm yang menyebabkan air dari rongga abdomen mengalir ke rongga paru-paru


        Apakah komplikasi Peritonial Dialisis ?

        Komplikasi utama adalah disebabkan jangkitan kuman samada bahagian luar, infeksi tunel atau radang  peritoneum
        Lain-lain komplikasi :
  •      Masalah teknikal – henia, kebocoran,kesumbatan cecair masuk dan keluar
  •     Masalah metabolic- tahap gula dan kolesterol yang tinggi dalam darah, kekurangan garam potassium
  •     Kekurangan zat makanan


     Hemodialisis

Berapa ramaikah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis?
     Jumlah pesakit kegagalan ginjal yang mendapat rawatan hemodialisis semakin meningkat setiap tahun dan mencapai hampir 23,000 pesakit pada hujung tahun 2010 (Laporan ke-18, Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2010).
      Untuk maklumat lanjut : lawat laman web:www.msn.org.my/nrr

     Apa itu hemodialisis ?

     Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di rumah. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani pembedahan membuat ‘fistula’ terlebih dahulu. (sila rujuk di bawah)
Dua jarum khas dicucuk ke dalam ‘fistula’ untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.

Apa itu vascular access ?

‘     Vascular access’ kekal ialah pembuluh darah vena yang mengandungi campuran darah arteri bagi tujuan menyalurkan darah yang mencukupi semasa rawatan hemodialisis. Ia dibuat melalui pembedahan kecil untuk menyambung pembuluh arteri dengan vena. Penyambungan ini dinamakan ‘native AV fistula’ sekiranya saluran darah pesakit sendiri digunakan. Untuk tujuan yang sama bahan sintetik (synthetic graft) boleh digunakan.
      Mereka yang mengalami kegagalan ginjal yang kronik dinasihatkan membuat persediaan awal untuk menjalani rawatan hemodialisis. Mereka juga dinasihatkan untuk melakukan pembedahan kecil (fistula) tersebut beberapa bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan. Mereka yang enggan menjalani pembedahan ini menanggung risiko komplikasi jangka pendek atau jangka panjang apabila memulakan rawatan secara mengejut.
‘Native fistula’ yang telah terbentuk
Graf Sintetik biasanya berbentuk ‘Loop’
     Adakah kriteria tertentu diadakan untuk membuat pilihan rawatan hemodialisis?
      Berbagai faktor sosio ekonomi perlu diambil kira.
      Ini termasuk :
  • ·         Kemampuan untuk menggunakan kemudahan hemodialisis
  • ·         Sokongan keluarga
  • ·         Bantuan kewangan
  • ·         Pilihan pesakit
  • ·         Samada anda menghidapi penyakit lain yang mungkin meningkatkan risiko menjalankan rawatan hemodialisis, iaitu sebarang kontraindikasi. Sila rujuk di bawah.

     Dimanakan boleh saya mendapatkan rawatan hemodialisis?
      Terdapat banyak pusat pusat yang memberi rawatan hemodialisis di Malaysia. Ini termasuk hospital hospital Kementerian kesihatan, Badan bukan kerajaan, pusat dialisis swasta, pusat rawatan di universiti-universiti, dan pusat rawatan dialisis angkatan tentera.
      Lihat http://www.msn.org.my

     Bagaimana saya tahu saya perlu memulakan rawatan hemodialisis?

      Rawatan dialisis diperlukan apabila anda memperlihatkan tanda-tanda yang berikut :
  • ·         Tanda-tanda dan gejala keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan,tahap kewarasan menurun.
  • ·         Ujian darah fungsi ginjal menunjukan paras creatinine, urea dan potassium sangat tinggi.
  •        Pengumpulan air dalam badan, malnutrisi(kekurangan zat makanan) atau kadar hemoglobin rendah (anaemia)
  •            Peningkatan “metabolic acidosis”
  •        Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10- 15mls/min (doktor akan melakukan ujian berkala bagi menentukan tahap fungsi ginjal)

       Sila berjumpa Pakar Nefrologi supaya emmperolehi nasihat dan bantuan memulakan dialisis pada masa yang betul.
     Apakah faktor faktor kontraindikasi rawatan hemodialisis?
  •          Pesakit yang mengalami masalah fungsi sistem jantung tidak stabil
  •          Masalah ‘vascular access’ yang serius
  •         AIDS pada tahap serius
Tambahan, rawatan dialisis mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang menghidapi penyakit kanser peringkat akhir ataupun penyakit lain yang melibatkan kegagalan fungsi organ peringkat akhir contohnya kehilangan daya kognitif dan ingatan yang teruk (dementia).



Rujukan :

PERHATIAN!

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom peyakit ginjal yang dinyatakan, sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan rawatan segera dan nasihat pakar. Segala informasi yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan berbincangan #teamfphp yang disertai oleh Ahli Farmasi, Pembantu Ahli Farmasi. Teruskan bersama kami di laman social #teamfphp di Facebook Instagram dan  FB Page (I Am Healthy) untuk makluman lanjut berkaitan tips kesihatan dan isu semasa.


Prevention Is Better Than Cure

Prepared by : 
Pharmacist (Nik Jah)
Assistant Pharmacist (Nur Hazida) 

Editor : 
Marketing / Advertising (Shakila) 
Student Diploma In Pharmacy (Azri)




Comments

  1. Hey thегe and Thank you so much for sharing this information. It has very useful. Please keep sharing.If you want more about the Prevention and Treatment of Renal Failure Kindly click the link Treatment and Prevention of Renal Failure

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts