ANEMIA
PUCAT & LESU?
ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI MASALAH ANEMIA
Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) semasa Mengandung
Wanita mengandung sering mengalami Anemia kekurangan ZatBesi (IDA) oleh kerana keperluan zat besi dan vitamin lain meningkat disebabkan janin yang membesar. Apabila simpanan zat besi tidak mencukupi di dalam tubuh, secara automatiknya sel-sel darah merah akan kekurangan hemoglobi, lalu mengakibatkan anemia.
Tanda & Simptom Anemia
1. Kulit Pucat Fizikal & Lesu
2. Pening Kepala, Sesak Nafas & Sakit Kepala
3. Sejuk Kaki & Tangan
4. Kuku Rapuh
38% Wanita mengandung 30% Wanita yang subur mengalami anemia |
Anemia yang tidak dirawat boleh menimbulkan komplikasi dalam kehamilan serta gangguan dalam aktiviti harian
Bahaya Anemia semasa mengandung
Apabila keadaan ini berterusan untuk tempoh yang berpanjangan, ia akan menimbulkan komplikasi kepada si ibu dan janin yang sedang membesar. Kelahiran tidak cukup bulan, berat lahir yang rendah, jangkitan saluran kencing pada si ibu dan kematian ibu merupakan beberapa komplikasi yang berkaitan dengan anemia semasa mengandung.
Cara mengatasi IDA
Apabila anda didiagnosis mengalami IDA, doktor anda akan menasihati anda supaya:
>> Mengambil zat besi tambahan untuk mengembalikan tahap hemoglobin dan meningkatkan zat besi di dalam tubuh anda.
Apabila anda telah mula mengambil tablet zat besi tambahan untuk anemia, anda mungkin akan berasa lebih lega selepas beberapa hari. Jangan berhenti mengambil tablet tersebut walau pun anda sudah berasa lebih sihat. Ini adalah kerana ia mengambil masa selama beberapa bulan untuk membina simpanan zat besi di dalam tubuh anda.
Tip untuk mencegah IDA
>> Makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, sayuran hijau dan kepah. Ambil vitamin C atau minum jus oren untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
>> Elak daripada minum susu, atau minuman berkarbonat atau berkafeina semasa anda mengambil zat besi tambahan kerana minuman ini boleh mengganggu penyerapan zat besi.
Gantikan simpanan zat besi anda dengan mengambil tambahan zat besi pelepasan berperingkat. Dapatkan nasihat doktor tentang bagaimana IDA menjejaskan kesihatan anda.
Adakah anda menghidap anemia atau berisiko tinggi? Ketahuilah!
Simptom
|
Sila bulatkan jawapan yang
sesuai
|
|
1 Adakah anda berhenti menyertai aktiviti sukan disebabkan kelesuan?
|
Ya
|
Tidak
|
2 Adakah anda berasa penat melakukan aktiviti rutin anda (membersihkan
rumah, berkebun atau memanjat anak tangga)?
|
Ya
|
Tidak
|
3 Adakah terdapat penurunan ketara dalam stamina anda semasa bekerja atau
semasa bersuakan?
|
Ya
|
Tidak
|
4 Pernahkah rakan-rakan anda memberitahu bahawa anda kelihatan pucat, terutamanya
di bahagian bibir, tapak tangan dan kulit?
|
Ya
|
Tidak
|
5 Pernahkah anda mengalami kesukaran bernafas atau sesak nafas ketika
melakukan kerja-kerja rutin?
|
Ya
|
Tidak
|
6 Pernahkah anda berasa mudah keliru atau hilang tumpuan?
|
Ya
|
Tidak
|
7 Pernahkah anda berasa pening atau adakah anda pengsan baru-baru ini?
|
Ya
|
Tidak
|
8 Pernahkah anda mengalami denyutan jantung yang pantas?
|
Ya
|
Tidak
|
9 Pernahkah anda berasa sejuk yang luar biasa?
|
Ya
|
Tidak
|
10 Adakah anda mengalami penyakit atau jangkitan kronik?
|
Ya
|
Tidak
|
11 Adakah anda mengalami pendarahan yang berlebih-lebihan semasa kedatangan
haid?
|
Ya
|
Tidak
|
12 Adakah anda sedang hamil atau baru sahaja bersalin?
|
Ya
|
Tidak
|
13 Adakah anda merupakan penderma darah yang tetap atau telah menjalani
pembedahan baru-baru ini?
|
Ya
|
Tidak
|
14 Adakah anda mengamalkan diet terhad seperti vegetarian / Vegan?
|
Ya
|
Tidak
|
15 Adakah anda memakan makanan yang seimbang yang mengandungi daging dan
sayur-sayuran?
|
Ya
|
Tidak
|
1-9 > 2 Anda mempunyai beberapa simptom anemia
10 -12 > 2 Anda mempunyai beberapa faktor risiko untuk mengalami anemia
13 – 15 > 2 & Paras
hemoglobin (Hb) anda mungkin normal, tetapi simpanan zat besi di dalam
1 – 9 >1 badan
anda mungkin rendah.
Sila serahkan soal selidik ini kepada pakar kesihatan untuk
melihat sama ada penyaringan Hb diperlukan.
Disini kami kongsikan beberapa pilihan makanan
tambahan yang membantu bagi penghidap Anemia
IBERET FOLIC 500 |
- Zat besi tambahan diperkaya dengan vitain C&B kompleks, termasuk asid folik.
- 105mg Zat besi asas - Sekali sehari untuk zat besi optimum
- 500mg Vitamin C - Meningkatkan penyerapan zat besi & merangsang respons imunity
- Teknologi Gradumet (Sistem pelepasan beransur) - mengurangkan ketidakselesaan gastrik & meningkatkan penyerapan
Sangobion |
- Replenishes iron stores and increases haemoglobin levels in the body
- Manganese Sulphate, Copper Sulphate, Folic Acid & Vitamin B12, vital for the production of red blood cells and fetal development.
- Ferrous Gluconate for good tolerability and causes minimal gastro-intestinal side effects.
- Vitain C & Sorbitol to improve iron absorbtion and lessen constipation.
Maltofer Fol Cheweble tablets & Maltofer syrup |
- Maltofer Fol Chewable Tablet - Oral iron therapy and prevention of folic acid deficiency
- Maltofer syrup - Oral solution (Oral iron therapy)
Ferocom Tablet |
ATTENTION!!
Please do refer to your doctor or pharmacist for further consultation.
Prevention Is Better Than Cure
Editor : Marketing / Advertising (Shakila)
Team : Pharmacist & Assistant Pharmacist Farmasi Pantai Hillpark
Reference : 1. Worldwide prevalence of anemia 1993-2005. WHO Global Database on Anemia, World Health Organization, 2008 2. Milman, N.Iron and pregnancy-a delicate balance, Ann Hemotal 2006;85:559-565 3. Abbott K.K.L.I.U:0281/2018
Comments
Post a Comment